Isnin, 19 April 2010



Untuk membuat Puding Roti ini, mula-mula masukkan air 3 setengah mug kedalam periuk bersama serbuk agar-agar yang berwarna merah sepeket (12gm) dan gula pasir 1 setengah cawan. Biarkan di atas api hingga mendidih.



Gunakan cara yang sama seperti di atas tetapi dengan menggunakan serbuk agar-agar yang berwarna kuning pula. Masak hingga mendidih. Memasaknya dalam masa yang sama. Maksudnya di sini, mendidihkan menggunakan 2 dapur dan 2 periuk sekaligus.



Sebelum menenggek 2 periuk untuk mendidihkan agar-agar berwarna merah dan kuning itu tadi, cairkan 4 sudu mentega seperti gambar di atas.



Kemudian, kisar 6 keping roti tawar ( roti semalam), 4 biji telur, 1 tin susu cair dan semug air putih.


Kisar hingga hancur jadi macam ini. Kemudian, masukkan mentega cair tadi dan kisar sebentar. Sesudah itu, bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.



Bahagian pertama hendaklah dimasukkan ke dalam agar-agar didih berwarna merah tadi dan kacau hingga warnanya sekata seperti gambar di atas.



Bahagia yang ke 2 dimasukkan ke dalam didihan agar-agar yang berwarna kuning tadi dan gaul hingga sekata seperti gambar di atas. Apabila sudah sekata warnanya, bolehlah dipadamkan api dan sediakan acuan atau loyang.



Tuang agar-agar secara berselang seli sesenduk demi sesenduk seperti gambar di atas.



Beginilah kejadiannya. Begitu menakjubkan ........ Biarkan sebentar sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.



Beginilah hasilnya. Warnanya tidak begitu garang. Warna pastel saja. Kalau pembaca mahu warna yang terang benderang, bolehlah di tambahkan pewarna di dalam didihan agar-agar tadi.

PUDING ROTI NAZNIZANA........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan