Selasa, 27 April 2010

Qalbu...


Ketahuilah bahawasanya dalam tubuh ini ada segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, maka baik pula seluruh tubuhnya. Dan jika rosak segumpal daging tersebut, maka rosak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI (HR. Bukhari Muslim).

Bagaimana kita dapat menjaga hati ini supaya selalu baik? Dimanakah letak hati? Manusia berbuat berdasarkan akal dan fikirannya.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:Barangsiapa yang ingin meninggikan bangunan, maka hendaklah ia memantapkan fondasinya, menguatkan dan harus lebih memperhatikannya. Kerana sesungguhnya tingginya bangunan itu sesuai dengan kuatnya fondasi dan kemantapannya.

Menjaga hati dapat kita lakukan dengan menjaga pikiran kita. Menjaga pikiran dari memikirkan hal-hal yang buruk dan kotor. Dengan menjaga hati yang lemah ini kita berusaha memantapkan fondasi bangunan kehidupan kita.

Mari kita selalu berusaha istiqomah karena sesungguhnya istiqomah dalam agama ini (Islam) adalah sungguh berat.

Wallahu a’lam.

Keaiban orang lain hendaklah disembunyikan



GOLONGAN yang menyebar memburuk-burukkan orang lain adalah manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kestabilan hidup.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar”.

Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim).

Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu.

Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal anugerah Allah. Ini kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan. Akibat perbuatan itu, akan wujud dendam berpanjangan di antara yang menuduh dan kena tuduh.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu."(Surah al-Hujurat, ayat 6)”.

”Islam menuntut umatnya agar menyembunyi keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain”.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri" (Hadis riwayat Muslim) .

Satu sifat orang yang suka menyebarkan keaiban orang ialah hasad dengki dan iri hati.

Hasad dengki dalam definisi lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Kesannya besar, bukan saja kepada orang yang didengki, malah akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam" (Hadis riwayat Muslim)”.

Selasa, 20 April 2010

SEJADAH BERDIRI


MOHAMAD SHUHAIMI (KIRI) BERSAMA BEBERAPA JIRANNYA MELIHAT SEJADAH MILIKNYA YANG BERDIRI DI PERMATANG PAUH, BUKIT MERTAJAM.IKTIBARNYA...SEJADAH PUN NAK SEMBAHYANG, CAMNA DENGAN KITA...?RENUNGILAH..

BILA ALLAH???


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului

Isnin, 19 April 2010



Untuk membuat Puding Roti ini, mula-mula masukkan air 3 setengah mug kedalam periuk bersama serbuk agar-agar yang berwarna merah sepeket (12gm) dan gula pasir 1 setengah cawan. Biarkan di atas api hingga mendidih.



Gunakan cara yang sama seperti di atas tetapi dengan menggunakan serbuk agar-agar yang berwarna kuning pula. Masak hingga mendidih. Memasaknya dalam masa yang sama. Maksudnya di sini, mendidihkan menggunakan 2 dapur dan 2 periuk sekaligus.



Sebelum menenggek 2 periuk untuk mendidihkan agar-agar berwarna merah dan kuning itu tadi, cairkan 4 sudu mentega seperti gambar di atas.



Kemudian, kisar 6 keping roti tawar ( roti semalam), 4 biji telur, 1 tin susu cair dan semug air putih.


Kisar hingga hancur jadi macam ini. Kemudian, masukkan mentega cair tadi dan kisar sebentar. Sesudah itu, bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.



Bahagian pertama hendaklah dimasukkan ke dalam agar-agar didih berwarna merah tadi dan kacau hingga warnanya sekata seperti gambar di atas.



Bahagia yang ke 2 dimasukkan ke dalam didihan agar-agar yang berwarna kuning tadi dan gaul hingga sekata seperti gambar di atas. Apabila sudah sekata warnanya, bolehlah dipadamkan api dan sediakan acuan atau loyang.



Tuang agar-agar secara berselang seli sesenduk demi sesenduk seperti gambar di atas.



Beginilah kejadiannya. Begitu menakjubkan ........ Biarkan sebentar sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.



Beginilah hasilnya. Warnanya tidak begitu garang. Warna pastel saja. Kalau pembaca mahu warna yang terang benderang, bolehlah di tambahkan pewarna di dalam didihan agar-agar tadi.

PUDING ROTI NAZNIZANA........

MANUSIA BERHATI SYAITAN!!!!

Sedih, pilu, kesal dan teramat marah sekali apabila kita melihat kes pembuangan bayi yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini. Sekali direnung,amat sukar sekali untuk mencari segala puncanya. Masalah ini, bukan semakin berkurangan tetapi telah menjadi sebagai satu tabiat yang sukar dibendung lagi.Hakikatnya, kejahilan masyarakat kita lebih teruk daripada zaman jahiliah. Zaman jahiliah hanya membunuh anak perempuan sahaja kerana menganggap anak perempuan itu sebagai sial dan menjatuh maruah keluarga. Tetapi jahiliah moden hari ini, tidak mengenal anak perempuan atau anak lelaki, yang sudah cukup sifat atau tidak semuanya dibunuh dan dibuang dikawasan pembuangan sampah, longkang, hatta dalam lubang jamban sekali pun tergamak dibuangnya. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia!!! Saya terasa sayu apabila memandang seekor ibu kucing hatta seekor ayam pun tidak sekali-sekali membunuh anaknya.Walaupun tuhan tidak mentakdirkan mereka mempunyai akal fikiran tetapi saya yakin naluri keibuan makhluk tuhan yang bernama binatang ini pun boleh kenal nilai-nilai kasih sayang.Apatah lagi kita yang ALLAH anugerah kesempurnaan akal dan fikiran tetapi masih bertindak di luar nilai-nilai kemanusian.Bagi saya, tidak ada jalan lain untuk membendung masalah ini melainkan kita semua perlu kembali kepada hukum-hukum Allah.Selagi kita menolak hukum Allah, selagi itulah manusia-manusia yang berhati syaitan ini boleh hidup dengan selesa dan begitu bermaharajalela kerana kita hanya menjadi penonton setia melihat tindak tanduk mereka.Wallahu A'lam........
From:Naznizana.





MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN


1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.
Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan

2. Meningkatkan kadar degupan jantung.
- Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga-rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis kadar degupan jantung kemabli perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang tenang.

3. Menghalang penyakit
- Satu kajian oleh Universiti Temple, amerika syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan.
-Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, " Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan.Ini menjadikan orang yang menangis bebasdaripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein
- Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Isnin, 5 April 2010

BAKAL USAHAWAN BERJAYA..
Gambar Sempena Hari kantin SKBB




Hari Kantin merupakan acara tahunan SKBB.Pelbagai gerai disediakan dengan pelbagai juadah disajikan untuk tetamu.Seperti biasa inilah tugasku........usahawan burger......