Selasa, 20 Oktober 2009

20.10.2009........ KEM AKIL BALIGH untuk Tahun 6 telah diadakan pada 1,6 dan 7 Oktober 2009.Kem ini diadakan selaras dengan arahan dari SPIM JPN Kedah.Antara objektifnya ialah memberi pendedahan kepada semua murid Tahun 6 berkaitan fardu ain sebelum mereka melangkah kaki ke sekolah menengah.Antara pengisiannya ialah cara berwuduk,solat,tayammum,bersuci dan juga mandi wajib serta solat jenazah.














Isnin, 12 Oktober 2009

Hayatilah wasiat Rasulallah kepada Ali r.a....
Orang mukmin ada 3 tanda ciri-ciri khas..
1. melakukan solat
2.berpuasa dan berzakat
Orang munafik ada 3 tanda....
1. pura-pura sayang apabila berhadapan
2.mengumpat dibelakang
3.ketawa apabila orang lain dapat musibah
Orang zalim ada 3 ciri..
1.menindas orang bawahannya dengan kekerasan
2.derhaka pada orang atasan
3.melahirkan kezaliaman dengan terang
Orang yang riya ada 3 tanda..
1.rajin apabila depan orang ramai
2.malas apabila berseorangan
3.ingin dipuji untuk semua perkara
Orang malas ada 3 tanda...
1.menunda waktu sampai sia-sia
2.menyia-nyiakan kesempatan sampai luput
3.melalaikan sampai berdosa
Tiada kefakiran yang lebih hebat dari kebodohan,tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal,tidak ada iman yang lebih hebat dari keyakinan. Segala sesuatu itu ada penyakit.Penyakit bicara adalah bohong,penyakit ilmu adalah lupa,penyakit ibadah adalah riya,penyakit cantik adalah sombong,penyakit malu adalah lemah,penyakit agama adalah hawa nafsu.
HAYATILAH....