Isnin, 8 Februari 2010

8.2.2010..... Selamat bertemu kembali setelah lama tidak berblogger.Agak sibuk dengan tugas sebagai SU Sukan,mengatur perjalanan Kejohanan olahraga Kali 50 pada tahun ini.Walaupun Kejohanan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab tertentu,namun masih sempat menjalankan beberapa acara yang melibatkan acara padang dan balapan,Sukaneka murid Tahap 1,Sukaneka Pra sekolah dan Pendidikan Khas.Namun agak kasihan kepada murid-murid yang telah membuat persiapan rapi,terutamanya peserta Perbarisan Rumah Sukan.Guru-guru Rumah Sukan juga tidak ketinggalan hinggakan sanggup kunci bilik tempat berbincang demi memastikan perancangan mereka tidak bocor kepada pihak lawan.Begitulah KEMERIAHANNYA.Masa masih banyak untuk merancang dan mengatur strategi kerana kejohanan akan diadakan selepas Peperiksaan UPSR..INSYAALLAH.......

Majlis Penyampaian Hadiah...

Panasnya..hitam la macam ni...

Penerangan kepada pegawai kejohanan..