Isnin, 19 April 2010

MANUSIA BERHATI SYAITAN!!!!

Sedih, pilu, kesal dan teramat marah sekali apabila kita melihat kes pembuangan bayi yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini. Sekali direnung,amat sukar sekali untuk mencari segala puncanya. Masalah ini, bukan semakin berkurangan tetapi telah menjadi sebagai satu tabiat yang sukar dibendung lagi.Hakikatnya, kejahilan masyarakat kita lebih teruk daripada zaman jahiliah. Zaman jahiliah hanya membunuh anak perempuan sahaja kerana menganggap anak perempuan itu sebagai sial dan menjatuh maruah keluarga. Tetapi jahiliah moden hari ini, tidak mengenal anak perempuan atau anak lelaki, yang sudah cukup sifat atau tidak semuanya dibunuh dan dibuang dikawasan pembuangan sampah, longkang, hatta dalam lubang jamban sekali pun tergamak dibuangnya. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia!!! Saya terasa sayu apabila memandang seekor ibu kucing hatta seekor ayam pun tidak sekali-sekali membunuh anaknya.Walaupun tuhan tidak mentakdirkan mereka mempunyai akal fikiran tetapi saya yakin naluri keibuan makhluk tuhan yang bernama binatang ini pun boleh kenal nilai-nilai kasih sayang.Apatah lagi kita yang ALLAH anugerah kesempurnaan akal dan fikiran tetapi masih bertindak di luar nilai-nilai kemanusian.Bagi saya, tidak ada jalan lain untuk membendung masalah ini melainkan kita semua perlu kembali kepada hukum-hukum Allah.Selagi kita menolak hukum Allah, selagi itulah manusia-manusia yang berhati syaitan ini boleh hidup dengan selesa dan begitu bermaharajalela kerana kita hanya menjadi penonton setia melihat tindak tanduk mereka.Wallahu A'lam........
From:Naznizana.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan