Jumaat, 14 Ogos 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK
Ramadhan Bulan Keberkatan

Ramadhan adalah bulan ke 9 dalam taqwim Islam.Dalam bulan ini Allah mewajibkan puasa ke atas umat Islam dan ia menjadi salah satu Rukun Islam yang lima.Kewajipannya tidak dapat dinafikan lagi dan tidak ada perselisihan di kalangan ulama dahulu mahupun sekarang tentang kefarduannya.

ADAB-ADAB MENYAMBUT RAMADHAN

Apabila bulan Ramadhan menjelma,hendaklah umat Islam membuat persiapan untuk menyambutnya.Melangkah memasuki gerbang puasa,bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan,kerana ia dikenali sebagai bulan latihan membentuk peribadi,jiwa,minda dan kehidupan individu secara amnya.Marilah sama-sama kita melakukan perkara-perkara yang dianggap sebagai adab menyambut Ramadhan:
Pertama : Mengulangkaji kembali pelajaran berkaitan ibadah puasa agar kita menghadapi Ramadhan dengan pengetahuan yang sempurna.
Kedua : Menzahir dan memperlihatkan perasaan gembira atau senang hati sesama kita.
Ketiga : Memperbanyakkan doa dengan memohon kepada Allah agar diberi kekuatan,kesihatan dan kelapangan untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan amalan yang lain.
Keempat : Menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan sepanjang Ramadhan.
Kelima : Berazam meninggalkan perkara yang memberatkan,seperti perbelanjaan yang besar dari bilan yang lain,kerana konsep puasa ia lebih menjimatkan perbelanjaan.
Keenam : Mengucap syukur dan tahniah sesama umat Islam.

Tingkatan Ibadah Puasa.
Umum : hanya menahan lapar dan dahaga.
Khusus : selain dari menahan lapar dan dahaga juga memelihara percakapan,pendengaran,perbuatan anggota zahir dari melakukan perkara yang menjejaskan pahala puasa.
Khusus al-khusus : tingkatan tertinggi dalam ibadah puasa dengan kedua-dua tingkatan di atas dan ditambah dengan jiwa atau hati dan fikiran tumpu kepada Allah dengan keikhlasan dan keimanan.

Penutup

Ibadah puasa merupakan satu bentuk latihan jasmani dan rohani.Oleh itu umat Islam hendaklah mempertingkatkan usaha yang boleh membawa kepada tingkatan puasa yang tertinggi.Janganlah kerana kesibukkan kerja,rumahtangga atau hal kediniaan dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah puasa.Rebutlah peluang yang diberi oleh Allah dari segi kesihatan,kelapangan dan kemudahan bagi menambah bekalan diri untuk dibawa ke hari kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan